~| Yestd-2d-2moro |~

welcome

Me....will write about anything comes in my mind... my life journey.. my yumemiru... and my loves one...

Premium Beautiful Corset - Hai-O


Premium Beautiful Corset - Hai-O Marketing... MLM ???? Berminat?? 

Saya selalu mengikuti blogger-blogger yang menjual dan join business di atas ni.. bukan blogger sahaja, tapi kawan sepejabat juga telah join business ni dan hasilnya memberangsangkan.... saya pernah mengikuti bengkel atau kelas-kelas MLM sebelum ini... tapi atas sebab-sebab product yang kurang menarik, saya tidak meneruskannya dan saya percaya, sekiranya kita berusaha dengan gigih, pasti berjaya walaupun business MLM. No gain without pain. Mana boleh ko duduk senang lenang, tgk tv, tiba-tiba duit turun dari langit.. atau tiba-tiba wallet korang ada banyak duit.. or tiba-tiba duit dekat bank menimbun-nimbun? 

Berbalik kepada MLM Hai-O, saya... tak nak join??? saya seorang yang jenis muka nipis.. memang nak kata jual face to face memang la tak pandaii... dan tak suka pon.... dan sebab itu juga saya berniaga secara online...itu adalah salah satu sebab kenapa saya melibatkan diri dalam perniagaan web-based/online. Tapi terdetik juga nak mencuba, cuma hati ni tak confident dan sentiasa postponed untuk mencuba... 

Kadang-kala bila tengok kawan-kawan yang jenis pandai berkata-kata, pandai convince orang, ada terdetik dalam diri nak mencuba dan asah skill tersebut. Tapi pada saya seseorang yang pandai berkata, pandai menjawab dan pandai convince orang itu adalah satu 'gift'. dan 'gift' itu tidak ada pada saya.. boleh saya cakap macam tu? Saya tak pasti samada 'gift' tu boleh di asah atau tidak.. mungkin memerlukan usaha yang lebih... 

Saya nak mencuba tapi saya tidak berani sebab saya tau diri saya berada di tahap mana..saya sahaja yang tau diri saya sendiri... tapii.. saya nak cari duit lebih... untuk keluarga, untuk ibu bapa, anak-anak , dan juga diri sendiri... walaupon orang kata...hidup di dunia bukan kerana duit semata-mata... Tuhan juga suruh kita berusaha.. dan bekerja itu adalah amal ibadah di dunia ...... 

Dalam diri kena ada achievement dan improvement.... (ni saya berckp pada diri saya sendiri)

p/s: apehal la serius beno post aku kali ni :p




4 comments:

mama tisya said...

mmg serius..hehehe..tp tk slh nk mencuba

wei nanti tlg vote ank aku utk contest dutchlady kt fb tu ye...tq

C.e.T.o.T said...

mama tisya: wakwakawkwakwakwak....
anto balik wei.. aku blur la nak vote camner.. keke

CiKaYu said...

insya'allah kita mmg takkan tahu kelebihan diri kita di mana selagi kita tidak mengasah atau tidak mencuba. yang pasti niat cari duit ikhlas dan semata-mata utk keluarga....insy'allah ALLAH akan berkati dan permudahkan.

Anonymous said...

Salam.....saya juga mempunyai pendirian & self esteem yg sama dgn awak. Sebab tu saya tak 'suka' join MLM...sbb dah tahu tentu kena jumpa 'orang'.

Tapi entah camane, Sabtu minggu lepas saya 'register' dgn Hai O Marketing kerana Korset Premium Beautiful....sbb dgn Korset PB kita tak payah susah2 nak cakap dgn orang kerana produk itu boleh bercakap dgn sendiri.....
Kerana saya sendiri telah menggunakan Korset PB selama 2 tahun ( tanpa minat utk bisnes ) dan telah terbukti keberkesanannya.
Semalam juga saya create new Facebook khas utk Korset PB dan terjadilah....Hai O Corset.
Jomlah jadi friend saya.....

Post a Comment

C.e.t.O.t

Blog Widget by LinkWithin