~| Yestd-2d-2moro |~

welcome

Me....will write about anything comes in my mind... my life journey.. my yumemiru... and my loves one...

Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf


Aku nak share dengan kengkawan di luar sana bagi sesiapa yang masih belum mengetahui tentang perkara ini. Kawan aku yang bagi info ni. Thanks to my fren. 

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai. 

Ayat 4 Surah Yusuf"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39

Ayat 39 Surah Thaaha"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"


Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Caranya
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik

Journal Published - Congrats to my preng


Pagi ni aku sangat impressive dengan kawan sekapal ku kerana Journal yang die buat dah dipublish oleh ISSN..tah ape la ISSN tu aku x tauler.. tapi journal yg hebat2 belaka jekla leh publish by ISSN tu.. hebat proton kan... jom tengok journal dia kat bawah ni.


Kalau aku la draft journal.. mau jadik journal budak darjah 1.. jawabnye publish kat rumahjeklaaa... kekeke

Give clap to Farah Akmar.. Congrats ya!

Krisis Rumah Tangga


Pagi ni aku nak bercerita sedikit pasal krisis rumah tangga. Aku dikejutkan oleh pertanyaan seorang kawan aku malam tadi. Memandangkan die mengikuti perkembangan blog aku, jadi die cuba untuk berkongsi sekiranya aku ada sebarang masalah yang boleh diluahkan kepadanya. Sebab utama die bertanya, kawan aku punye kawan dan kawan die..leh faham ke.? wakawka.. macam akulah suka luah2 kat blog tapi secara abstrak, bukan terang terangan, blog 'die' mempunyai maksud yang mendalam. Kawan kepada kawan aku ni tak bertanyalah apa masalah sebenar kawan die tu sebab berhasrat tak nak campor tangan urusan rumah tangga orang. Dan Yesterday, pasangan ini mati. Pasangan ni ada seorang anak, katanya baby lagi.. Aku lah..kesiannyaa... So kawan pada kawan aku ni rasa regret sebab tak membantu, tak tanya masalah 'die'. Ni news tentang die di harian metro.

So, disebabkan itulah, kawan aku ni cube bertanya pada aku apa masalah aku sebenarnya. Hahaha.. aku tergelak sebab masalah aku bukannye besar sgt pon.. ngada ngada jek... masalah yang orang lain pon alami juga (aku rasalah).. tapi sometimes kan kita emosi. perempuan.. fefaham jekla.. so bila emosi tidak stabil, mulalah sot2.. pikir macam, etc..

Pagi ni aku saja2lah search artikel tentang rumah tangga dan terjumpa satu artikel yang tak kurang menariknya untuk tatapan semua yang dah berumah tangga.. hehe

Artikel tentang rumah tangga

Tapi pada aku berkata-kata memang senang, nak melakukan memang susah. Tapi kita kena cuba jugak kan... jia you!

Taylor Swift & Coldplay - Instrumental


Bloggers, lets listen to this instrumental songs combination of Love Story from Taylor Swift and Coldplay. Bery the besttt... One of my fren feel like to cry after listening to this music. Haha. Can see the video at my Fren's Blog also : Rohayu


Bedak Talkum - bahaya


Yesterday, amin told me about bedak talkum. I was shocked and ready by myself at Utusan Malaysia. Tapi ni baru lagi.. baru je nak take action. Aku rasa da berzaman pakai bedak talkum, Alhamdulillah tak da apa. Dan bedak talkum untuk baby sure bahan kimia dikurangkan atau pon tiada bahan kimia, bukan saja bedak malahan sabun bayi, sabun botol,etc. Macam Johnson & Johnson, takkanlah die sesuka hati letak bahan kimia banyak kat bedak babykan.. ntahlah. kita tunggu saja kesahihannya dan tunggu saja action they all sampai tahap mana kritikalnya tentang bedak talkum ini. Here are the news for our info sharing. Rasa tak best lak kalau tak pakai bedak. Huhuhu. Sementara menunggu action dia orang, jadi kurang2kanla pemakaian bedak talkum.

ARKIB : 18/02/2009
Bedak talkum undang maut?

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Sandaran Hati - Letto (WULAN)


Sandaran Hati - Letto

(Best bangat lagu ni dalam cerita WULAN. tapi hampeh.. now time da ditukar pada kul 6.oo ptg. so tak dapatler den nak nengok sebab sampai rumah dalam kul 6.30pm. Cisss...)

http://www.youtube.com/watch?v=Lk2O0XY-3HM

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku
Blog Widget by LinkWithin